Monday, 9 April 2018

Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin adalah sejenis matawang digital atau lebih dikenali sebagai "cryptocurrency". Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Bitcoin bersifat "decentralized" maksudnya mata wang ini TIDAK memerlukan orang tengah seperti bank, kad kredit atau 3rd parties untuk melakukan urusan transaksi permbayaran, pembelian barang atau penghantaran wang seperti western union.


Di zaman moden sekarang ini, penting untuk setiap orang memiliki dan menggunakan Bitcoin, kerana ia adalah mata wang yang digunakan di seluruh dunia. Jika anda memiliki Bitcoin, anda tidak lagi perlu risau jika nilai matawang Ringgit Malaysia jatuh, sebab nilai matawang Bitcoin mengikuti nilai pasaran dunia.

1 Bitcoin atau 100,000,000 Satoshi = RM26,242.86
Satoshi adalah titik perpuluhan 8 angka belakang, jika anda berjaya memiliki hanya 0.01545521 Satoshi Bitcoin, anda boleh tukar ia dalam bentuk RM404.19


Bitcoin boleh di-tunai di mesin ATM seperti dalam video dibawah.


Bitcoin boleh dibeli dan dijual. Setiap kali Bitcoin digunakan, sistem transaksi "Blockchain" akan di gunakan dimana Blockchain membantu decentralization berjalan dengan lancar. Ia akan menguruskan sistem matematik rumit yang dijalan oleh super-computer oleh individu-individu yang dikenali sebagai Miner atau Pelombong Bitcoin.


Apabila super-komputer pelombong Bitcoin tersebut berjaya melancarkan satu perjalanan transaksi Bitcoin, maka mereka akan dibayar dalam bentuk Satoshis. Pelombong Bitcoin biasanya bekerja secara automatik menggunakan komputer dan tidak memerlukan tenaga manusia. Selain membeli dan menjual Bitcoin, anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan cara menjadi Pelombong Bitcoin dan anda dibayar dengan Bitcoin tanpa melakukan kerja keras apapun.


Untuk menerima matawang Bitcoin, anda harus memiliki "dompet digital" atau Bitcoin Wallet yang boleh didapati secara percuma. Bitcoin Wallet digunakan untuk menyimpan hasil perlombongan Bitcoin anda dan dengan Bitcoin yang banyak dalam Bitcoin Wallet, anda boleh gunakan untuk membeli apa sahaja dan juga Bitcoin boleh ditukar kedalam matawang Ringgit seperti video di atas.